TAKRIF MENULIS
✐Menulis ialah pembentukkan simbol-simbol tulisan dalam bahasa.
✐Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), menulis adalah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur, pensel dan lain-lain.
✐Menulis merupakan satu proses menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak dan pembaca.
PROSES MENULIS
PROSES KEMAHIRAN MENULIS
1. Pramenulis
|
Pramenulis adalah peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas.
|
2. Mekanis
Mekanis adalah proses selepas pramenulis dan murid dilatih untuk membentuk lambang-lambang tulisan. |
||
|
TUJUAN
MENULIS
1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas.
3. Menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
PERINGKAT PRAMENULIS
1. Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas.
3. Menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
4. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.
PERINGKAT PRAMENULIS
1. Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.
2. Latihan otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.
Contoh aktiviti pramenulis :
PERINGKAT MEKANIS
1. Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid- murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
2. Pada peringkat ini sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa.
Contoh aktiviti mekanis :
PERINGKAT PELAHIRAN
1. Pada peringkat ini, murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.
2. Pada peringkat ini, pengajaran boleh dimulakan dengan jenis-jenis penulisan terkawal, barpandu, separa terkawal, dan separa berpandu kemudian mereka boleh didedahkan dengan jenis penulisan bebas dan kreatif.
Contoh aktiviti peringkat pelahiran :